NOTIS PRIVASI

  1. PENGENALAN

    Kami di CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES menghormati privasi anda dan komited untuk melindungi maklumat peribadi yang anda berkongsi dengan kami. Seperti yang diperuntukkan oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan Data Peribadi dalam urus niaga komersial, kami telah mengeluarkan Notis Privasi ini ("Notis") kepada semua pelanggan dan/atau bakal pelanggan dan/atau rakan niaga kami yang dihargai selaras dengan PDPA dan prinsip perlindungan Data Peribadi yang dinyatakan di dalamnya, menjelaskan bagaimana kami mengumpul, mengendalikan dan menggunakan Data Peribadi anda. Notis ini juga menerangkan bagaimana kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi yang anda berikan untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda.
  2. HAK UNTUK PINDA
    1. CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES berhak untuk mengemaskini, meneliti semula, mengubah, meminda dan/atau mengubahsuai Notis ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan penting akan dipaparkan di laman web kami dengan Notis yang dikemas kini. Jika kami meminda Notis ini, pindaan hanya akan terpakai pada Data Peribadi yang dikumpul selepas kami memaparkan Notis yang dikemas kini. Dengan terus berkomunikasi dengan CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES atau terus menggunakan perkhidmatan CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES selepas pengubahsuaian, peningkatan atau pindaan pada Notis ini, anda bersetuju dengan pengubahsuaian, peningkatan atau pindaan tersebut.
    2. Menurut Seksyen 7(3) PDPA, Notis ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang pertikaian atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
  3. DATA YANG KAMI KUMPUL
    1. “Data Peribadi”, “Data Peribadi Sensitif” dan Subjek Data mempunyai takrifan masing-masing sebagaimana yang lebih khusus ditetapkan di bawah PDPA.
    2. Data Peribadi yang kami mengumpulkan termasuk tetapi tidak terhad kepada yang tersebut:-

      Pelanggan
      • maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, umur, tarikh lahir, kaum, alamat, jantina, pekerjaan, nombor telefon, nombor telefon bimbit, alamat e-mel, nombor kad kredit dan lain-lain;
      • imej anda melalui video pengawasan yang dipasang di bahagian-bahagian tertentu di dalam premis kami sebagai sebahagian daripada infrastruktur keselamatan kami;
      • imej anda yang diambil oleh kamera atau video apabila anda menghadiri acara promosi atau acara lain yang diadakan di premis kami atau selainnya dianjurkan oleh kami, atau yang diambil sebagai sebahagian pertandingan promosi atau aktiviti pemasaran lain; dan/atau
      • maklumat yang dikumpul secara automatik apabila anda melawat laman web kami seperti alamat IP, pelayar web, software, maklumat transaksi dan maklumat lain.
      Rakan Kongsi Perniagaan (ejen, ahli gabungan, vendor, pembekal, penyewa atau pembekal perkhidmatan)
      • maklumat peribadi anda atau pekerja anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina, nombor telefon, nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan maklumat lain yang diperlukan untuk menjalankan transaksi perniagaan antara anda dengan kami;
      • semasa anda melawat ke premis kami, imej anda melalui video pengawasan yang dipasang di bahagian-bahagian tertentu di dalam premis kami sebagai sebahagian daripada infrastruktur keselamatan kami;
      • imej anda yang diambil oleh kamera atau video apabila anda menghadiri acara promosi atau acara lain yang diadakan di premis kami atau selainnya, yang dianjurkan oleh kami; dan/ atau
      • maklumat yang dikumpulkan secara automatik semasa anda layari laman web kami atau menggunakan platform yang kami menyediakan kepada rakan kongsi perniagaan kami untuk tujuan melakukan transaksi perniagaan dengan kami, seperti alamat IP atau maklumat lain.
    3. Sama ada pemberian Data Peribadi anda kepada CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES adalah secara sukarela atau wajib bergantung kepada tujuan-tujuan Data Peribadi anda dikumpul oleh CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES. Setakat mana ia adalah wajib untuk anda memberikan Data Peribadi kepada CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES dan di mana anda gagal atau memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi anda kepada CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES atau anda tidak bersetuju dengan Notis, kami mungkin tidak dapat:-

      Pelanggan
      • melaksanakan atau melengkapkan transaksi jual beli, termasuk transaksi dalam talian (online), dengan anda;
      • memproses atau melaksanakan permintaan anda;
      • memproses permohonan anda untuk membuat tempahan pertandingan atau penebusan hadiah percuma;
      • untuk berkomunikasi dengan anda termasuk untuk menjawab sebarang pertanyaan dan/atau permintaan anda; dan/atau
      • menyediakan anda dengan maklumat, kemas kini, produk atau perkhidmatan yang anda telah memintakan.
      Rakan Kongsi Perniagaan (ejen, ahli gabungan, vendor, pembekal, penyewa atau pembekal perkhidmatan)
      • melaksanakan atau melengkapkan transaksi perniagaan yang relevan dengan anda;
      • membenarkan anda memasuki premis atau acara kami, untuk tujuan keselamatan; dan/atau
      • membenarkan anda menggunakan platform yang kami menyediakan kepada rakan kongsi perniagaan kami.
    4. Jika anda tidak mahu Data Peribadi Sensitif anda dikumpul oleh kami, sila jangan serahkan data tersebut. Jika anda memilih untuk menyerahkan Data Peribadi Sensitif anda kepada kami seperti yang diminta, data itu kemudiannya akan disifatkan dan akan dianggap oleh kami sebagai Data Peribadi yang akan tertakluk kepada terma-terma dan skop Notis ini termasuk pengumpulan, pemprosesan, penggunaan dan pendedahan Data Peribadi anda.
  4. CARA DATA PERIBADI ANDA DIKUMPULKAN
    1. CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES akan mengumpul Data Peribadi semasa menjalankan satu atau lebih daripada fungsi atau aktivitinya. Kami hanya akan mengumpul Data Peribadi secara sah dan adil tanpa menjadi terlalu gangguan.
    2. Kami akan mengumpul Data Peribadi mengenai seseorang individu secara langsung dari individu itu sendiri jika ia adalah munasabah dan praktikal untuk berbuat demikian. Kami juga boleh mengumpul Data Peribadi dari sumber lain seperti acara, konferensi, seminar, atau ceramah yang dianjurkan atau disponsori oleh CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES dan/atau kuki yang digunakan di laman web ini.
    3. Selain daripada maklumat peribadi yang anda berikan, kami mengumpul dan menggunakan data tanpa nama dari pelayar internet dan peranti anda melalui kuki, log perkhidmatan, syarikat analitik laman web pihak ketiga, dan teknologi yang serupa lain. Kami menggunakan maklumat ini untuk lebih memahami bagaimana perkhidmatan kami digunakan supaya kami dapat menentukan cara untuk meningkatkannya dan menyediakan kandungan yang lebih relevan untuk anda.
    4. Data Peribadi, secara amnya, mungkin akan dikumpul: -

      Pelanggan
      • semasa mendaftar minat anda dengan kami untuk mendapatkan maklumat dan kemas kini mengenai mana-mana produk dan perkhidmatan, sama ada dalam salinan fizikal atau elektronik;
      • apabila anda memasuki pertandingan atau memberi respons kepada kajian (survey) kami, promosi atau soal selidik, sama ada dalam salinan fizikal atau elektronik;
      • menurut apa-apa pertanyaan, aduan, permintaan atau komunikasi yang dibuat dengan atau kepada kami, sama ada dalam salinan fizikal atau elektronik (termasuk melalui laman web kami dan platform yang lain);
      • semasa anda melawati atau menghadiri di premis kami atau menghadiri acara yang dianjurkan oleh kami (untuk imej CCTV, dan imej kamera/ video yang lain dan untuk maklumat peribadi yang dikumpulkan untuk tujuan sekuriti/ keselamatan);
      • semasa anda memberikan maklumat anda melalui platform/ laman web kami; dan/atau
      • melalui penggunaan kuki (cookies) di laman web kami dan platform internet yang lain.
      Rakan Kongsi Perniagaan (ejen, ahli gabungan, vendor, pembekal, penyewa atau pembekal perkhidmatan)
      • apabila anda menyerahkan kepada kami borang aplikasi, senarai pekerja dan mana-mana borang lain, dokumen atau maklumat yang dilengkapkan, untuk tujuan mana-mana transaksi perniagaan dengan kami atau transaksi yang dicadangkan, sama ada dalam salinan fizikal atau elektronik;
      • semasa anda melawati atau menghadiri di premis kami atau menghadiri acara yang dianjurkan oleh kami (untuk imej CCTV, dan imej kamera/ video yang lain dan untuk maklumat peribadi yang dikumpulkan untuk tujuan sekuriti/ keselamatan); dan/ atau
      • melalui penggunaan kuki (cookies) di laman web kami dan juga melalui penggunaan platform lain yang disediakan oleh kami untuk rakan kongsi perniagaan kami.
    5. Sekiranya anda tidak mahu Data Peribadi sensitif anda dikumpul oleh kami, sila jangan kemukakannya. Sekiranya anda memilih untuk mengemukakan Data Peribadi sensitif anda kepada kami seperti yang diminta, data tersebut akan dianggap sebagai Data Peribadi dan akan ditangani oleh kami sebagai mana yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini termasuk pengumpulan, pemprosesan, penggunaan dan pendedahan Data Peribadi anda.
    6. Kami juga mungkin menerima maklumat peribadi dari rakan kongsi perniagaan dan pembekal pada sesetengah masa, jika pihak tersebut telah memperoleh kebenaran anda untuk berbuat demikian. Dalam kes tersebut, semua maklumat peribadi akan diperlakukan sebagai sulit, seperti yang dinyatakan dalam dasar ini.
  5. TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI ANDA
    1. Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk membantu menyediakan perkhidmatan kami kepada anda, melindungi kepentingan kami, atau mematuhi keperluan peraturan.
    2. Kami hanya akan menggunakan maklumat tersebut jika diperoleh mengikut amalan privasi yang diterima pakai selaras dengan dasar ini dan undang-undang yang terpakai, khususnya PDPA.
    3. CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES mungkin mengguna dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan berkaitan dengan perkhidmatan yang diminta oleh anda dan untuk aktiviti-aktiviti perniagaan CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES yang termasuk:

      Pelanggan
      • untuk berkomunikasi dengan anda, termasuk berhubung dengan produk, pertandingan dan acara kami;
      • untuk memproses permohonan, pertanyaan, permintaan dan belian (termasuk transaksi dalam talian (online), sekiranya terpakai) anda;
      • untuk menyediakan maklumat dan maklumat terkini mengenai produk dan perkhidmatan kami, atau yang lain;
      • untuk penyimpanan rekod data, penyelenggaraan dan pengemaskinian;
      • untuk tujuan pentadbiran termasuk audit, pemantauan penipuan dan pencegahan jenayah;
      • untuk menjalankan penyelidikan dan analisis statistik;
      • untuk memasarkan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami dari semasa ke semasa;
      • untuk memastikan keselamatan premis (berhubung dengan imej CCTV dan maklumat peribadi lain yang dikumpulkan untuk tujuan sekuriti/ keselamatan);
      • untuk permohonan kad kredit dengan institusi kewangan, hanya seperti yang dibenarkan oleh anda (untuk kempen atau promosi gabungan);
      • untuk mematuhi mana-mana undang-undang, prosiding atau pertanyaan daripada pihak berkuasa dan agensi-agensi penguatkuasaan; dan / atau
      • untuk segala tujuan lain yang bersampingan dan berkaitan dengan mana-mana perkara di atas dan / atau dibenarkan di bawah PDPA.
      Rakan Kongsi Perniagaan (ejen, ahli gabungan, vendor, pembekal, penyewa atau pembekal perkhidmatan)
      • untuk menjalankan secara lengkap dan betul, transaksi perniagaan yang relevan dengan anda;
      • untuk memproses pembayaran berkaitan dengan transaksi perniagaan yang relevan dengan anda;
      • untuk tujuan insurans;
      • untuk penyimpanan rekod data, penyelenggaraan dan pengemaskinian;
      • untuk tujuan pentadbiran termasuk audit, pemantauan penipuan dan pencegahan jenayah;
      • untuk memastikan keselamatan premis (berhubung dengan imej CCTV dan maklumat peribadi lain yang dikumpulkan untuk tujuan sekuriti/ keselamatan);
      • untuk memasarkan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami dari semasa ke semasa, dan juga syarikat kami;
      • untuk mematuhi mana-mana undang-undang, prosiding atau pertanyaan daripada pihak berkuasa dan agensi-agensi penguatkuasaan; dan / atau
      • untuk segala tujuan lain yang bersampingan dan berkaitan dengan mana-mana perkara di atas dan / atau dibenarkan di bawah PDPA.
      Dan/Atau, secara amnya:
      • untuk menentukan identiti dan latar belakang anda;
      • untuk mentadbir dan berkomunikasi dengan anda;
      • untuk penyimpanan rekod dalaman;
      • untuk tujuan kewangan, termasuk perakaunan dan percukaian;
      • untuk siasatan dalaman, pematuhan, audit atau tujuan keselamatan termasuk tanpa had untuk pengesanan jenayah, pencegahan dan pendakwaan;
      • untuk melindungi atau menguatkuasakan hak kami di bawah mana-mana perjanjian yang CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES adalah pihak;
      • untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia CHEMSAIN GROUP OF COMPANY dalam menjalankan perniagaannya termasuk untuk memenuhi sebarang keperluan pendedahan di bawah undang-undang;
      • untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan am; dan/atau
      • untuk semua tujuan lain berkaitan atau bersampingan dengan perkara di atas.
  6. PENDEDAHAN
    1. CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES tidak akan menjual sebarang maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.
    2. Sebagai peraturan umum, kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan Data Peribadi tentang individu selain untuk tujuan utamanya dalam pengumpulan, melainkan:
      • Individu telah bersetuju dengan penggunaan atau pendedahan itu.
      • Penggunaan atau pendedahan diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.
      • Penggunaan atau pendedahan itu adalah wajar dan diperlukan untuk tujuan tertentu oleh atau bagi pihak badan pengawalselia atau penguatkuasa.
    3. Untuk membolehkan tujuan yang dinyatakan di atas, kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada kelas-kelas pihak ketiga yang tersebut:
      • syarikat-syarikat subsidiari kami;
      • institusi-institusi kewangan terpilih (berhubung dengan permohonan kad kredit, hanya seperti yang dibenarkan oleh anda (untuk kempen atau promosi gabungan));
      • ejen yang diluluskan, ahli gabungan, pembekal, vendor, rakan kongsi perniagaan, penasihat, juruaudit, perunding, kontraktor, produk dan pembekal perkhidmatan kami, hanya atas dasar 'mesti tahu' (need to know basis);
      • pihak berkuasa, agensi-agensi penguatkuasaan dan mana-mana pihak berkenaan yang berhubung dengan apa-apa prosiding undang-undang; dan/atau
      • mana-mana pemegang serah hak yang sebenar atau yang berpotensi, penerima pindahan atau pemeroleh syarikat atau menurut mana-mana penyusunan semula korporat.
  7. KETEPATAN DATA
    1. Kami berusaha untuk memastikan ketepatan, keselamatan, perlindungan, dan kerahsiaan maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami. Namun, adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa semua maklumat peribadi yang disediakan kepada kami dan dijaga oleh kami adalah benar, tidak mengelirukan, dikemas kini, dan lengkap dari semua aspek.
    2. Bagi mengelakkan keraguan, anda bersetuju bahawa kami, CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES, dan/atau mana-mana daripada kakitangan kami, pegawai yang diberi kuasa, atau ejen, tidak bertanggungjawab bagi sebarang maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami yang tidak benar, mengelirukan, tidak lengkap, atau yang bukan terkini.
  8. SEKURITI DATA PERIBADI ANDA
    1. Keselamatan maklumat peribadi anda sangat penting bagi kami. Kami memastikan perlindungan terhadap Data Peribadi anda dengan melaksanakan langkah-langkah fizikal dan elektronik, serta menguatkuasakan prosedur pengurusan.
    2. Kami akan menggunakan segala usaha yang munasabah untuk memastikan bahawa pemprosesan Data Peribadi anda dijalankan dengan cara yang berikut:
      • Data Peribadi anda hanya diproses oleh kakitangan yang diberi kuasa oleh kami;
      • kami menjaga keselamatan fizikal seperti kunci dan sistem sekuriti atas Data Peribadi yang disimpan dalam format kertas dan data elektronik simpanan, dan dalam premis kami;
      • kami mengekalkan sekuriti komputer dan rangkaian seperti penggunaan program anti-virus, kata laluan dan lain-lain;
      • kami mengekalkan dan memantau sistem keselamatan online kami untuk memastikan Data Peribadi anda dilindungi; dan / atau;
      • kami akan menggunakan segala usaha yang munasabah untuk mengenakan syarat ketat kerahsiaan, tahap perlindungan keselamatan yand serupa dan memastikan kewajipan pada tahap yang sama ke atas pembekal perkhidmatan kami atau pemproses data yang lain, yang mungkin akan memproses Data Peribadi anda.
  9. KUKI (COOKIES)
    1. Apabila anda melawat laman web kami atau menggunakan perkhidmatan kami melalui portal web kami, portal web kami boleh mewujudkan "kuki".
    2. "Kuki" adalah sebahagian daripada maklumat yang disimpan pada cakera keras kami yang mengandungi maklumat mengenai komputer anda, seperti kuki ID yang menyimpan maklumat pengguna individu dan pilihan anda di tapak web kami.
    3. "Kuki" tersebut membolehkan sistem kami untuk mengenali pelayar (browser) anda dan mengingati nama dan maklumat bil anda, dan juga maklumat yang lain supaya anda tidak perlu menaipkannya semula pada lawatan yang berikutnya.
    4. Sesi Kuki ID tamat apabila anda menutup pelayar (browser) web anda. Ada juga kuki berterusan yang kekal pada cakera keras anda untuk tempoh masa yang panjang. Anda boleh mengeluarkan kuki yang berterusan dengan mengikuti arahan yang diberikan dalam pelayar web masing-masing.
  10. PAUTAN KE LAMAN WEB LAIN
    1. Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke atau dari laman web lain, saluran media sosial rangkaian rakan kongsi, iklan dan ahli gabungan kami.
    2. Sila ambil perhatian bahawa tapak yang dipautkan ke laman web kami mempunyai amalan privasi mereka sendiri dan kita tidak akan menerima sebarang tanggungjawab atau liabiliti yang berhubungan dengan dasar tersebut.
    3. Kami menggalakkan anda untuk membaca dasar privasi bagi setiap laman web yang mengumpul maklumat peribadi daripada anda sebelum anda memberikan maklumat peribadi.
    4. Dasar privasi kami hanya tertakluk kepada maklumat dan data yang dikumpul oleh kami.
    5. Jika atas apa-apa sebab anda memilih untuk mengakses laman-laman web lain yang mempunyai pautan (link) dari laman web kami, anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri.
    6. Kami tidak bertanggungjawab terhadap praktis dan liabiliti pihak lain yang mengumpul, menggunakan, melindungi atau mendedahkan maklumat yang anda berikan kepada mereka.
  11. TEMPOH DATA PERIBADI ANDA DISIMPAN OLEH KAMI
    1. Tempoh di mana kami menyimpan maklumat peribadi anda bergantung kepada jenis maklumat dan tujuan penggunaannya untuk menyediakan anda dengan maklumat atau perkhidmatan. Jika maklumat itu adalah anonim atau dibuat anonim melalui pemprosesan, kami mungkin menyimpannya untuk jangka masa yang lebih lama untuk analisis trend.
    2. Kami juga tertakluk kepada keperluan atau garis panduan undang-undang, cukai, kawalan, dan industri untuk menyimpan rekod dan penyimpanan Data Peribadi anda.
  12. AKSES, PERMOHONAN PEMBETULAN DAN PERTANYAAN
    1. Tertakluk kepada sebarang pengecualian di bawah undang-undang yang berkenaan, anda mempunyai hak untuk:
      • Memohon akses kepada, meminta salinan dan memohon untuk mengemaskini atau membetulkan Data Peribadi anda yang dipegang oleh kami;
      • Memohon kami untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda (contohnya, meminta kami untuk berhenti menghantar bahan pemasaran dan promosi atau menghubungi anda untuk tujuan pemasaran);
      • Memohon untuk menanyakan mengenai Data Peribadi anda; atau
      • Anda tidak bersetuju lagi untuk kami memegang atau menyimpan maklumat peribadi anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa ini mungkin akan menghalang kami daripada melaksanakan atau memenuhi obligasi yang kami ada kepada anda berkenaan dengan tujuan di atas.
    2. Anda boleh menghubungi kami melalui:

      CHEMSAIN GROUP OF COMPANIES
      Alamat : 172, Rock Road, 93200 Kuching, Sarawak, Malaysia.
      Emel enquiries@chemsain.com
      No. Tel.  +6 082-548 366
      No. Fax. : +6 082-548 388 / 399

 

EN Version